Kawan Kota Tinggi

Tempat berkumpulnya sahabat untuk meluaskan jaringan silatturahim

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum kepada semua sahabatku sekalian semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Dikesempatan ini saya selaku wakil ADMIN ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat kkt terutamanya yang beragama islam..
so, harapan saya semoga tahun ini semua kaum adam dapat berpuasa penuh dan yang uzur tue terkecuali arr.. hehehe..
senyum

Kaum hawa plak dah habis belum ganti puasa yang tahun lepas? hhehehe jangan marah gurau jer.. anyway, selamat bertambah ibadah kita untuk tahun yek sesama la kita mengimarahkan masjid untuk solat tarawih.. pesanan untuk diri saya juga..
sengihnampakgigi




Nota Kaki : Jangan bermain mercun nanti kene tangkap polis..

KKTers di Restoran Terapung Bujang Firefly

Assalamualaikum wahai sahabatku sekalian,

Setelah sekian lama tidak membuat program minum dan perjumpaan maka kali ini dengan en Saiful Hanif sebagai event manager dan joe + turi sebagai organiser maka terhasilah event ini hehehe.. amacam boleh jadi deejay tak!!!! jangan marah joe..

Antara yang hadir :

  1. Turiyanti
  2. Joe Ckelat
  3. Saiful Hanif + anak2
  4. Kak Lieza
  5. Kak Ais + keluarga
  6. Saya ( mohamad zamri )
  7. Isteri saya ( noridayu )
  8. Mummy Queen + sahabat ( sori yek )
Menu pelbagai jenis pilihan Organiser kita bersama2 ( joe + turi ) jangan marah yek!! senda gurau membawa bahagia.. dengar ada program makan durian sebelum makan2 besar betul ke turi? larikk.....

Tgk nie sedikit gambar yang diambil al maklumlah tiada siapa pun yang bawa kamera :




Selepas makan nie kak ais dengan keluarga beserta saiful hanif dan anak2 pergi melihat kunang2 atau pun kelip2 hehehe.. naik bot siap dengan life jacket lagi.. betul tak kak ais..

Hati sedikit kecewa kerana pada masa yang sama game malaysia vs singapore dan pasukan negara tewas.. huhuhu walau bagaimana pun program nie berjaya, dengan sedikit perbincangan yang agak penting gak mungkin akan membawa hala tuju kkt ke peringkat seterusnya..

by the way, mungkin lepas nie kita akan buat program berbuka puasa plak.. sapa nak ikut??


p/s : Jangan ketinggalan untuk mengikuti setiap aktiviti KKT..

Tips Menjadi Pengurus Berpengaruh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kkters sekalian, berikut adalah sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan kepada semua kkters, so harap dapat luangkan masa untuk membaca hehehe.. membaca menambah ilmu, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.. sengihnampakgigi

Kadang-kadang sebagai pengurus kita buntu. Kita tidak terfikir bahawa selain mengiktiraf hasil kerja dan sumbangan kakitangan kita dengan wang, ada banyak lagi caranya:

1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).

2. Ucapkan terima kasih.

3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.

4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.

5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).

6. Hantar kad ucapan/tahniah.

7. Berikan surat penghargaan.

8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).

9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).

10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.

11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.

12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.

13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.

14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).

15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.

Sumber : Ilmu Pengaruh

Nota Kaki : Bukan senang untuk menjadi seorang pengurus yang baik, so teliti dengan baik setiap tips yang dikongsikan.. Sekadar suka untuk berkongsi!!

Template Baru

Assalam... buat semua kkters sekalian hari nie saya ada buat sedikit perubahan kat template blog simple dan ringkas a=harap ada sedikit komen dari korang semua megenai blog template yang di pilih hehehe sengihnampakgigi

Tukar sebab ada permintaan untuk tukar template lama kepada yang lain, kepada sesuatu yang lebih segar.. tunggu komen daripada korang semua.. love adiossa..

Nota Kaki : saya tunggu komen daripada korang!!

Kota Tinggi | Asal Nama

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511. fikir

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

Nota Kaki : Siapa yang tahu maklumat ini? love

Makanan Johor | keunikan Johor

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya. sengihnampakgigi

Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:

  • Laksa Johor ; makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.
  • Mi bandung ~ juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.
  • Mi rebus ~ adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.
  • Arisa ~ adalah makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.
  • Sate ~ makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.
  • Telur pindang ~ amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.
  • Roti Kirai/Roti Jala ~ Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.
  • Kacang pol
  • Kuih Sirat
  • Pisang Salai
  • Otak-otak ~ Antara otk-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak kempas’ dan ‘otak-otak gelang patah’.
  • Nasi beriani Gam ~ Amat terkenal di daerah Batu Pahat
  • Soto ~ Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet
  • Burasak ~ sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.
  • Halwa Maskat
  • Kerutup Ikan
  • Asam pedas daun kesum
  • Pecal
  • Tauhu bakar
  • Pendaram
  • Rojak petis

love Pengaruh masakan Jawa juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil). doa

SUMBER : johordt.gov.com

Nota Menarik : minum dalam kebanyakkan hidangan di atas masih ada beberapa jenis yang saya sendiri pun tidak tahu dan mungkin tidak pernah jumpa bagaimana dengan sahabat yang lain..


Program Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor


Assalamualaikum sahabat semua... rindu arr dengan masa nie...
antara perjumpaan kkt yang paling meriah sekali hehehe betul tak?? tak caya korang cuba tanya kat semua kkters yang terlibat best woo.. bermula dengan perkumpulan kkters di sana opsssss lupa nak bagitahu tempat daa.. pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.. permulaan yang baik sekali..

semua perancangan dibuat melalui online hehehe betul ker dari pengumpulan orang yang nak join, jenis makanan, tempat dan sebagainya semuanya dibincangkan di wall kkt.. ada juga la thru tipon.. anyway rasanya nie perjumpaan saya buat kali pertama dengan geng KKT di kota tinggi.. selain daripada program ngeteh..

bermula dengan... nurnabiha, qasih ita, kak lieza dan yang lain nyer planning maka kitorang semua secara automatiknya terbabit hehehe.. soal makanan.. kitorang gunakan konsep pot luck!! kira senang kata semua bawa makanan masing2 la hehehe..sampai kat sana penuh dengan makanan..

antara yang datang masa nie ialah : nurnabiha, ijan, qasih ita, abg dean, ahmad saufi, benito dengan orang rumah, saiful hanif dengan keluarga, saiful salfarin, hana, kak ila walau pun kejap hehehe, anies, pastu ada lagi 2orang xingat la namanya hehehe... lain sape ekk sesiapa yang nama nya tidak disiarkan sori ok!!!! lalalala.....

aktivitinya adalah : makan, sembang2, pasang khemah masa angin kuat, makan lagi, meeting sikit jer, tunggu sahabat datang hehehe.. pastu sembang lagi bahagi2 makanan kemas pastu balik hahahaha.... tol tak geng!!!!

P/S : tiada yang pertama tiada yang kedua.. kitorang nie semua adalah pemangkin hahahaha...

Cicak Gecko Tokek


Masih lagi menjadi kegilaan ker gecko tokek nie?..... rasa macam dah kurang jerkan korang semua pernah dengar tak kegilaan orang ramai dengan cicak model nie hehehehe..... mesti pernah kan.. kenapa ekk betul ker orang cakap banyak khasiat yang ada kat cicak nie.. atau sekadar retorik.. hahahaha bahasa yang sukar difahami..

Harga yang beribu ringgit menjadikan cicak jenis ini tumpuan dan carian semua orang.. mesti ada dikalangan korang yang pernah menjual cicak nie ke mana2 atau kt sape2... ceciter..ceciter.. teman nak dengor!!! kalau xde korang sambung lagi baca maklumat kat bawah nie pasal cicak tokek gak..

Usahawan tokek diculik di kepulauan jolo di Filipina dengan meminta tebusan sebanyak Rm558.000 diculik oleh lingkungan 10 lelaki bersenjata.. entahla.. macam2 penangan bila dah ada duit, kene culik pastu minta tebusan la apela semua nak kerja senang!!!!!...

Nak maklumat lanjut korang boleh tengok link kat sini usahawan cicak tokek diculik dipercayai dilakukan oleh penjenayah terancang : Nazarudin Saidin klik pada nama untuk membaca lebih lanjut..

Kesimpulannya : carilah rezeki yang halal xkira la jual tokek ker jual cikak ker jangan culik orang ok!!!! hehehe..

Kisah Biji Peroi


Korang pernah nampak tak buah nie?? agak2 siapa tahu angkat tangan hahahaha...
kalau korang orang kota tinggi sejati rasanya buah nie memang korang akan selalu nampak tapi yang rajin jalan la... kalau nama jer orang kota tapi tak jalan pun tak kenal gak... hihi

anyway entri malam nie berkisar tentang buah kelapa sawit dan cerita tentangnya....

Cerita mengenai saya la senang kan, sebab saya kan anak felda so memang buah nie selain dari dituai oleh ayah (dulu la) pastu hantar ke kilang sawit kat simpang waha tue.... macam2 lagi kitorang buat, buat umpan mancing ikan la, bakar then makan la, kalau mak rajin siap soh buat bingka lagi.. tak tahu arr korang pernah makan ke tak buah sawit nie? selepas dah jadi minyak rasanya semua orang tahu kot hehehe...

opss!!! ya.... sebelum pergi jauh lagi korang tau tak sebenarnya nie buah sawit gugur ( relai / peroi ) hehehe untuk yang tak tahu ok yang tahu pandai kita teruskan lagi... jangan marah....

ok, cerita seterusnya mengenai biji peroi nie.... hehehe.... bile kitorang pergi ke kebun ayah mesti ajak semua, bile cuti sekolah la (sabtu, ahad) mak semua pergi kitorang kat kebun sawit dah macam berpiknik berlari dalam kebun tue siap bentang tikar baring2... kononnya nak tolong ayah kutip biji peroi.... tapi sebenarnya dok ngabihkan bekal jer (mangkuk tingkat)..... kampung style kan seronok sangat time tue... alamak rasa sedih sangat.... teringat plak huhuhuuhu......sob..sob..sob...

Kehidupan kampung style memang best giler ini cuma satu scene jer sebenarnya masih banyak lagi yang ingin dikongsikan tapi rasa macam nak meleleh air mata nie..... kenapa ekk mungkin kerana seorang adik kesayanganku yang sama2 berlari Allahyarham Mohamad Azman bin Alias telah pun kembali ke rahmatullah semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... al - Fatihah...

haaa... begitulah serba sedikit mengenai biji peroi hehehe... mesti korang dah tahu kan... selepas nie boleh la sembang dengan orang plak hahahaha...

p/s : Sori yek geng sedikit kisah peribadi.. sikit jer 1 scene hehehe....selamat membaca!!!

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Amalkan Budaya Nasihat

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai'- hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud:'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

SUMBER : kosmo

Cinta Lewat Usia

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

- Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

- Atau adakah semua wanita materialistik?

- Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

- Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

SUMBER : kosmo

Kekalkan Motivasi

Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakan kejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh Amar Mahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejar kejayaan mereka tidak sampai 3%.

Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak.

Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi ? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah.

1 – Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian

Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote' daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebut tersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.

Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudian tampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuk tambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputer kita.

Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.

2 – Membina Kumpulan Motivasi

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakan bahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jika mereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku Think & Grow Rich oleh Napoleon Hill.

Apabila kita mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama, maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini kerana setiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individu yang lain.

3 – Tulis Matlamat Setiap Hari

Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diri terhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.

Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kita telah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah, supaya mencapai matlamat kita tercapai.

Selamat beramal!

Sumber : iLuvIslam

Motivasi Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Sumber : HALAQAH

Tips Mengurangkan Stress

Assalamualaikum kepada semua kkters...

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8.) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

sumber dari : Rilex

Cerita Terbaru di KKT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua KKTers,

Setelah lama tidak menulis disini saya kini kembali hehehehe, nampaknya kemeriahan di pages kita sememangnya tidak dapat disangkal lagi.. siapa pun xmampu untuk menidakkannya korang singgah la memang meriah sangat2 hehehehe... sentiasa ada topik untuk disembangkan...

Cuma saya masih tidak boleh menerima iklan tanpa terlebih dahulu memberitahu saya atau admin yang lain.. so kepada sesiapa yang nak membuat iklan sila bagitahu kepada admin terlebih dahulu yek!!! bukan tidak boleh cuma perlu melalui admin untuk mengelakkan spamming melampau oleh beginners... yang baru nak belajar bisnes.. tapi bukan dengan cara yang betul..

Perkembangan di KKT

Rasanya ramai yang dah mengetahui perkembangan terbaru di kkt nie.. mengenai event besar yang kita rancangkan bersama dengan pihak pengasih kota tinggi.. event ini sebenarnya adalah event pertama pihak kita dengan pihak luar, so masih lagi dalam perancangan sekiranya semuanya berjalan lancar insya Allah pengumuman mengenai tarikh, tempat dan sebagainya akan diumumkan.. almaklumlah event yang pertama so keinginan untuk menjadikannya sempurna adalah matlamat utama kami.. sekiranya berjaya nanti kami harapkan sokongan ramai.. insya Allah!!!

Backlink kepada bloggers

kepada kkters diluar sana yang ingin berkongsikan link dengan blog kkt dipersilakan jangan malu dan segan.. hehehe... boleh bagi link di mane2 PM FB, chatbox, Email dan sebagainya bagi link blog atau website dan juga nama di FB.. untuk mengenal identiti di pages kkt.. amacam boleh kan senang jer kot...

rasanya ramai kkters adalah bloggers kan, so yang ada ilmu mengenai cara untuk mengiklankan blog nie juga di minta untuk memberikan pendapat terima kasih tau.. cakap awal2.. hehehe

Cukuplah sampai disini untuk kali nie hehehe.. so teruskan sembang korang di wall kkt yang sentiasa meriah itu.. korang semua mungkin boleh keluarkan topik2 yang ringan sekadar untuk memberikan senyuman kepada kkters yang ingin mengendurkan ketegangan semasa kerja.. betul tak!! sekali orang singgah happy orang akan datang lagi.. hehehe

Kita perkenalkan kepada semua sahabat lain apa itu silaturrahim.. hehehe
lagi satu sebelum terlupa kepada pembaca baru sila klik follow untuk menunjukkan sokongan kepada blog kita nie.. hehehe thanks!!

Assalamualaikum!!

Status KKT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat..

masuk rumah orang kene lah bagi salam tol tak? hehehe.. takkan main redah jer sape yang nak bukak pintu silap2 tuan rumah buat tak tahu jer walau pun rakan atau sahabat rapat.. setuju tak? korang mesti setuju nyer lar.. hahaha.

untuk entri kali nie saya nak bersembang/melalut/membebel dan sewaktu dengannya..

nak start dengan ape ekk!!! ok kita bermula dengan status baju KKT kita, jangan fikir kitorang nak menipu tau kita buat konsep pre order so harap sangat yang korang faham dengan konsep nie.. cepat dan lambat proses bergantung kepada semua sebab tue kitorang push so minta maaf banyak2 kalau rasa tertekan dengan proses nie yek!!! team penggerak banyak membantu...

bila semua dah buat bayaran baru kitorang PUSH supplier plak tapi untuk pengetahuan semua proses baju KKT sudah pun sampai tahap printing so end of this month harap siap la.. jangan marah tau sebab lambat!!!

lagi ape hah!

ok pasal perjumpaan plak, segala perjumpaan dan program ngeteh adalah bertujuan untuk merapatkan kita semua dari tak kenal kepada kenal, dari yang dah kenal kepada rapat dan seterusnya.. so kepada sahabat yang ada masa tapi masih malu2 untuk join kitorang sila jangan berbuat demikian kitorang xmakan orang jangan risau... hehehe

kalau tak percaya boleh tanya kat sahabat yang dah pernah join program ngeteh kita nie.. kepada yang dah join tue thanks a lot!!! jasa korang tak terbalas.. ada masa nanti saya akan senaraikan sahabat yang pernah saya jumpa semasa program ngeteh...

lain.... aaaa... ok!

saya ada menerima cadangan dari sahabat kita untuk mendaftarkan group kita.. saya boleh kata yang kita masih lagi belum bersedia.. masih banyak yang perlu kita semua perbaiki.. saya perlukan ramai sahabat yang mempunyai komitment yang tinggi baru boleh cerita untuk ke peringkat seterusnya..

buat masa sekarang nie KKT tiada carta organisasi dan sebagainya.. kami cuma ada admin dan juga team penggerak untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan.. bukan tanak ada tapi jumlah sambutan dari sahabat masih belum ditahap yang memerlukan itu semua..

lagi cadangan untuk membuat aktiviti oleh sahabat buat masa sekarang rasanya adalah lebih baik kita buat joint venture dengan mane2 persatuan sama ada dari pihak kerajaan atau swasta yang akan diberitahu kelak sehingga urusan berkaitan dengannya selesai..

seterusnya...

perjumpaan dan minum2 dengan wakil dari YB dan juga jemputan dari YB untuk joint program minum2 bersama dengan mereka..terharu sebenarnya...hehe

hal ini sebenarnya tiada dalam rancangan kami untuk naik begitu cepat ini semua adalah usaha setiap dari KKTers membuat semua orang memandang kita sekarang ini.. banyak pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengan kita, dari orang perseorangan, wakil dari pihak swasta, restoran, hotel dan sebagainya..

banyak lagi sebenarnya nak cerita, kita jumpa di entri berikutnya... sentiasa mencuri masa untuk membuat update hehehe sori yek!!

p/s : sebarang pendapat pertolongan dan bantuan adalah digalakkan dengan tujuan untuk membantu menaikkan KKT ke peringkat yang lebih tinggi lagi... jangan menoleh ke belakang lagi..

TERUSKAN SOKONGAN - bagitahu sahabat mengenai kemeriahan di KKT

Mangga tempatan

mangga?!!!

siapa suka makan mangga? mesti ramai yang suka makan mangga, terutamanya bila rasanya manis kalau takat 2,3 biji tue sekali hadap jer tol tak..

korang tengok mangga nie, saya beli kat pasar malam sungai way, kaler cantik mengundang peminat mangga untuk membeli hehehe.. harga dah xjadi hal huhuhu.. nak2 bila bukan musim, susah nak dapat dah terang2 harga mahal.. kannnn!!



gambar sengaja zoom in kat buah hehehe..






selepas membaham hehehe... kesan2 peninggalan selepas makan, rasa memang marvellous tip top.. kat mane ekk nak cari lagi.. antara buah kegemaran ku..

p/s : jenis xtau, tapi rasa memang best giler..

Tsunami | Jepun

As Salam kepada semua sahabat KKT disebab kan berita paling hangat sekarang nie adalah berkisar kepada tsunami di jepun.. maka saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan bencana alam disana, jadikan ini sebagai pengajaran kepada kita semua..

sekadar berkongsi!!!



Kebakaran besar melanda kilang minyak Cosmo di kota Ichihara

Gambar dari NHK TV, puluhan kenderaan disapu oleh Tsunami

Seratus rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Tokyo disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Ahmad Rozian Abdul Ghani.

"Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini dah sahkan mereka selamat. Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Daripada jumlah itu, katanya 67 orang adalah pelajar, 43 di universiti di Miyagi, 18 di Iwate dan enam di Aomori.

Pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan seperti yang sentiasa dimaklumkan kepada mereka sebelum ini, katanya.

Laporan media asing berkata gegaran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun menyebabkan bangunan-bangunan di Tokyo bergegar dan bergoncang selama beberapa minit, memaksa orang ramai meninggalkan kediaman masing-masing.

Berikutan itu amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa buah negara termasuk Filipina, Indonesia, Papua New Guinea dan Fiji.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) berkata gempa kuat itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu pengguna komuter terkandas di stesen kereta api bawah tanah berikutan perkhidmatan itu ditangguhkan.

Restoran berhampiran stesen kereta api sesak dengan kebanjiran penumpang kereta api yang mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk, katanya.

"Orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam selepas talian telefon bimbit mengalami kesesakan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Yong berkata kedutaan Malaysia di Tokyo kini bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dilaporkan sedang menghadiri seminar ketika gempa itu berlaku dan bergegas pulang ke kedutaan untuk memantau operasi.

Banyak gambar dan fail di pejabat kedutaan dilaporkan jatuh ke lantai ketika gempa kuat itu berlaku.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata kedutaan Malaysia di Tokyo akan meneliti perkembangan bencana itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gempa tersebut.

"Tiada laporan berhubung kematian di kalangan rakyat Malaysia setakat ini dan semua pegawai kedutaan dan keluarga mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat," kata kenyataan itu.

p/s : tengok kalau Allah nak tarik nikmat sekelip mata sahaja.. so pengajaran untuk bencana kali ini semuanya Hak Allah kita hanya meminjam jer.. betul tak??

sumber dari : Bernama

Cara Untuk Komen di Blogspot

Assalamualaikum kepada semua sahabat setelah bercuti lama saya ingin berkongsi tutorial untuk membuat komen disini.. maksud saya di blog ini mungkin ada sesetengah sahabat yang tidak tahu... xpe saya akan terangkan ok... just follow jer panduan yang diberi senang jer kot...

insya Allah mungkin pasni lagi meriah komen dari sahabat semua kot hehehehe...



pertama sekali klik ruangan komen dibawah tarikh...



lepas dah klik, pop up berikut akan keluar, masukkan komen korang..



pastu select profile, biasanya select name/URL.. kalau ada yang lain2 tue xde masalah..



masukkan nama dan kat URL tu letak alamat email atau kalau blog link blog


last sekali masukkan word verification, salin jer perkataan yang diberikan dalam box tue..



dan post comment.. sekarang anda dah jadi komentator!!! huhuhu amacam senang tak?!!!
hehehehe selamat mencuba kepada sahabat yang masih belum mencuba untuk komen..

p/s : ditujukan khas buat sahabat yang sedang dan ingin belajar hehehehe...

Lawa vs XLawa

As Salam.. seperti biasa untuk semua sahabat, apa kata korang komen sikit pasal benda nie biasa dengar atau tak biasa dengar hehehe.. kalau biasa dengar komen kalau xbiasa dengar pun komen gak hehehe.. korang layan ok!! sekadar berkongsi.....


Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih…kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh…

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki
tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh
kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi.. .

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki

Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu…

kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk
ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya….
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia…boring


ha amacam!!! betul ke tak??.. hehe jangan tak baik beb..

p/s : Jangan bezakan xbaik kita semua sama jer tol tak.. sentiasa mensyukuri nikmat Nya.. alhamdulillah..

Shuib, Siti Sarah bernikah

Sekadar ingin berkongsi kan berita kepada sahabat semua

..kini Siti Sarah sah menjadi isteri kepada Shuib Sepah, dengan hanya sekali lafaz.. so tahniah saya ucapkan kepada kedua mempelai majlis akad nikah berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As - Siddiq Bangsar..



Berikut adalah gambar yang dapat dikongsikan di sini.. hehehe.. lagi satu nak kongsi.. wang hantaran dirahsiakan dan dulang hantaran ialah 5 berbalas 7.


kalau nak tengok lebih banyak gambar sila google yek!! huhu.. jangan marah...

Sekarang kumpulan sepah tinggal mamat dengan jeff jer siapa la yang akan kahwin plak pasni hehehe.. anyway, Selamat Pengantin Baru kepada keduanya..

Mata Pedih Depan Monitor

Mata pedih bila duduk terlalu lama di depan monitor pc / laptop.. apa penyelesaiannya?? mesti ramai yang tak perasan benda nie kan.. persoalan yang sentiasa bermain dalam minda separa sedar korang.. takpe saya dah fikir kan untuk korang semua cuma perlu baca dan komen hehehehe...

Berikut adalah langkah yang korang boleh amalkan untuk mengelakkan dari mata pedih ::

1. Jarak minimum antara mata dan monitor komputer adalah 45 cm.

2. Letakkan keyboard dalam posisi yang tepat, yang tidak membuat anda membongkok akibat lama memakai komputer.

3. Monitor sebaiknya sejajar dengan mata.

4. Jangan menggunakan lampu tidur atau lampu baca untuk menyinari ruangan tempat anda bekerja. Gunakan lampu pijar yang dapat menerangi ruangan dengan rata.

5. Pasanglah filter di depan monitor untuk mencegah kesan dari radiasi.

6. Sesekali, alihkan pandangan anda dari layar monitor agar mata anda tidak penat.

7. Jika anda sudah di depan komputer selama satu jam, rehatlah 15 minit. Ini mencegah rasa penat pada tubuh anda.

8. Posisikan kaki Anda seselesa mungkin, dengan meluruskan kaki agar tidak lenguh. Sesekali berdirilah untuk meluruskan

9. Duduklah dalam posisi tegak untuk menghindari tulang punggung anda membongkok..

kalau korang amalkan mesti korang semua dapatsesuatu dari ilmu yang dikongsikan disini percayalah... hehehehe xrugi kalau amalkan.. hehehe adiossa..

Assalamualaikum!!!!

Tips mengelakkan sakit pinggang

petua untuk mengelakkan dari sakit pinggang @ sakit belakang.. korang tau sebab ape? disebabkan korang terlalu ketagih bermain facebook berkemungkinan sakit belakang adalah tinggi.. so amal2 la yek!!
  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Rawatan dirumah hehehe.. amalkan berkesan oo..
  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.

p/s : maklumat dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai..

Membebel @ KKT

Ucapan terima kasih kepada semua sahabat yang memberi sambutan yang sangat baik kepada blog yang baru dilancarkan.. tanpa korang semua yang melawat rasanya blog ini tidak akan kemane pun.. thanks sekali lagi!!

melalui cara terbaru ini at least kita mempunyai banyak cara untuk berhubung.. betul tak? bukan semua sahabat online setiap masa.. terutamanya bila masa bekerja, so kepada sahabat yang di opis nya facebook di blocked.. boleh menggunakan blog untuk k..ita terus berhubung atau mengetahui apa yang sedang dilakukan sahabat lain di pages.. ha ok tak?

jumlah followers juga semakin bertambah dari hari ke hari, dan kepada sahabat yang ingin kan maklumat atau posting terus kepada email anda semua sila subscribe feedburner.. satu langkah untuk sentiasa alert dengan posting terbaru KKT blog..

kepada sahabat yang mempunyai idea kreatif dan ingin dikongsikan sila jangan malu dan segan untuk forward kepada email saya :: mohdzamri_alias@yahoo.com atau private message di facebook saya.. antara sahabat yang rajin untuk berkongsi dan sentiasa mencari idea ialah ahmad saufie, scyfull dan juga qasih ita.. amacam ada berani? jangan malu dan segan yek!!

kami juga sentiasa menerima cadangan, idea, saranan dan sebagainya dengan tujuan untuk membina KKT dengan cara yang lebih baik.. so, dialu alukan tau.. mane la tahu ada idea nak camping ke? nak buat pape ker? mandi laut ker? family day ker? dan sebagainya..

alamak dah banyak sangat membebel nie kita berjumpa di lain entri yek!
Assalamualaikum sahabat...

Kawan Kota Tinggi bersama YB Sedili

Assalamualaikum!!!!

Satu kejutan juga dengan perjumpaan kali nie sebabnya ada VIP yang terlibat hehehe nak tahu siapa dia lihat!! kalau kenal bgtahu, kalau tak kenal jap lagi saya bgtahu.. hehehe

Perjumpaan minum2 diantara sahabat KKT dengan YB sedili yang mane saya tidak dapat bersama dengan korang semua.. sedih sangat2 huhuhu.. anyway perjalanan cerita KKT selangkah lagi ke hadapan..

KKT tidak akan dapat melangkah kehadapan tanpa korang semua! langkah demi langkah adalah kerana sambutan dari sahabat semua.. terima kasih geng!!!! tanpa korang KKT mungkin ditakuk lama.








perbincangan demi perbincangan demi untuk memajukan KKT dan untuk memberikan tapak yang lebih jauh buat team, semoga ada sesuatu yang mampu untuk drive KKT..








...tue ambil minit meeting ker buat update kat wall KKT? hehehehe..
anyway, berbagai onak duri dah kita tempuhi walau pun duri tak la tajam sangat tetapi semuanya smooth betul tak, perbalahan dalam menegakkan pendapat adalah perkara biasa dalam satu organisasi, anggap la ini sebagai ujian untuk merapatkan kita semua ya..

p/s : Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sahabat hehehe boleh tak guna?


Pengumuman

Assalamualaikum!!!!!!

Kepada semua sahabat KKT sesiapa yang mempunyai blog @ website untuk dikongsikan dilink sahabat boleh bagi melalui komen yek saya akan masukkan jangan risau tiada bayaran hehehe..

Sahabat baru saya ucapkan terima kasih kerana melawat blog kami yang xseberapa tapi meriah dengan kerenah sahabat disini, hehehe korang meriah ke?? jawab jangan tak jawab..

Jangan lupa yek! ini untuk link sahabat KKT sahaja, tak kisah la yang baru start atau dah lama start sekadar berkongsi seperti kata biha "sharing is caring"

p/s : kalau awal boleh dok kat bahagian teratas sekali hehehe..

Penghargaan Untuk Sahabat

Assalamualaikum sahabatku sekalian,

Ucapan alu aluan untuk sahabat yang sudi mengunjungi blog KKT ini, Terima kasih yang tidak terhingga geng takde siapa yang mampu membalas nya... hehehe

Perkara pertama yang saya nak bagitahu dalam entri kali ini ialah pengenalan kepada chatbox di sidebar, so kepada sahabat yang ingin berchatting secara langsung di blog dipersilakan dengan segala hormatnya hehehe.. saya sangat suka sekiranya korang menggunakan setiap application di blog dengan menyeluruh..

amacam!!!... kalau berani cubalah... hehehe

Cara2 nya adalah seperti berikut letakkan nama yang bersesuaian, url ( link sama ada email atau link blog korang ) mungkin untuk tujuan promosi diri.. hehehe

Selepas itu baru korang boleh tulis ape2 mesej pun sama ada untuk greet, berkongsi idea dengan sahabat yang lain, cadangan, pertanyaan dan sebagainya.. hehehe klu ok "on" jer..

Saya pun sebenarnya masih lagi belajar mengenai blog nie, terutamanya blogspot so sesama la kita berkongsi ilmu ni suppaya tidak tertinggal betul tak sahabat!!

Mungkin terdapat ramai "OTAI" yang ada blog kat KKT so sesiapa yang "OTAI" tue sila2 la turun ilmu yek untuk sama2 kita maju dalam dunia blogging. kepada yang masih belajar jangan malu dan segan untuk bertanya yek! saya pun masih banyak yang tak tahu..

Kepada sahabat yang mempunyai blog boleh email kat saya untuk tujuan backlink.. sesama kita kongsi traffic..

Amik langkah yang pertama untuk kita maju ke hadapan, jangan cepat mudah putus asa.. sentiasa bersemangat setiap hari walau pun pelbagai rintangan kita hadapi..

"semakin banyak kegagalan maknanya semakin dekat kita dengan kejayaan"..


Ambillah yang positif ok! sebarang pertanyaan di alu alukan.. sesama kita berkongsi ilmu Allah..

Radio KKT.fm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat KKT - i Followww..

About this blog

Assalamualaikum kkters sekalian.... semoga dalam keadaan sihat hendaknya, berapa lama dah korang tak singgah sini hehehe.. rerajin arr membaca banyak dah kawan masukkan info untuk kita berkongsi.. huhu jangan SENTAP plak.. karang xsinggah lagi hehe gurau jer!!!!

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum buat semua sahabat @ kkters sekalian, terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog yang masih serba kekurangan ini. Penulis masih lagi berpegang kuat untuk menambah ikatan persahabatan melalui jaringan online dan meneruskan dengan kewujudan blog pula, selepas berjaya membuat jaringan di facebook fanpage | Kawan Kota Tinggi

Walau bagaimana pun, sambutan dari kkters semua yang buat aktiviti penulis berjaya tanpa kkters rasanya semua ini tidak akan berjaya percayalah.. terharu.. hehe..

Update ke Email Sahabat

Masukkan email address anda Posting akan terus ke email:

Penghantaran Terus Oleh FeedBurner

Ramai tak yang dah tengok!! Blog kite..

Top Commenters

Powered by Blogger.

Popular Posts