Kawan Kota Tinggi

Tempat berkumpulnya sahabat untuk meluaskan jaringan silatturahim

Shuib, Siti Sarah bernikah

Sekadar ingin berkongsi kan berita kepada sahabat semua

..kini Siti Sarah sah menjadi isteri kepada Shuib Sepah, dengan hanya sekali lafaz.. so tahniah saya ucapkan kepada kedua mempelai majlis akad nikah berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As - Siddiq Bangsar..



Berikut adalah gambar yang dapat dikongsikan di sini.. hehehe.. lagi satu nak kongsi.. wang hantaran dirahsiakan dan dulang hantaran ialah 5 berbalas 7.


kalau nak tengok lebih banyak gambar sila google yek!! huhu.. jangan marah...

Sekarang kumpulan sepah tinggal mamat dengan jeff jer siapa la yang akan kahwin plak pasni hehehe.. anyway, Selamat Pengantin Baru kepada keduanya..

Mata Pedih Depan Monitor

Mata pedih bila duduk terlalu lama di depan monitor pc / laptop.. apa penyelesaiannya?? mesti ramai yang tak perasan benda nie kan.. persoalan yang sentiasa bermain dalam minda separa sedar korang.. takpe saya dah fikir kan untuk korang semua cuma perlu baca dan komen hehehehe...

Berikut adalah langkah yang korang boleh amalkan untuk mengelakkan dari mata pedih ::

1. Jarak minimum antara mata dan monitor komputer adalah 45 cm.

2. Letakkan keyboard dalam posisi yang tepat, yang tidak membuat anda membongkok akibat lama memakai komputer.

3. Monitor sebaiknya sejajar dengan mata.

4. Jangan menggunakan lampu tidur atau lampu baca untuk menyinari ruangan tempat anda bekerja. Gunakan lampu pijar yang dapat menerangi ruangan dengan rata.

5. Pasanglah filter di depan monitor untuk mencegah kesan dari radiasi.

6. Sesekali, alihkan pandangan anda dari layar monitor agar mata anda tidak penat.

7. Jika anda sudah di depan komputer selama satu jam, rehatlah 15 minit. Ini mencegah rasa penat pada tubuh anda.

8. Posisikan kaki Anda seselesa mungkin, dengan meluruskan kaki agar tidak lenguh. Sesekali berdirilah untuk meluruskan

9. Duduklah dalam posisi tegak untuk menghindari tulang punggung anda membongkok..

kalau korang amalkan mesti korang semua dapatsesuatu dari ilmu yang dikongsikan disini percayalah... hehehehe xrugi kalau amalkan.. hehehe adiossa..

Assalamualaikum!!!!

Tips mengelakkan sakit pinggang

petua untuk mengelakkan dari sakit pinggang @ sakit belakang.. korang tau sebab ape? disebabkan korang terlalu ketagih bermain facebook berkemungkinan sakit belakang adalah tinggi.. so amal2 la yek!!
  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Rawatan dirumah hehehe.. amalkan berkesan oo..
  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.

p/s : maklumat dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai..

Membebel @ KKT

Ucapan terima kasih kepada semua sahabat yang memberi sambutan yang sangat baik kepada blog yang baru dilancarkan.. tanpa korang semua yang melawat rasanya blog ini tidak akan kemane pun.. thanks sekali lagi!!

melalui cara terbaru ini at least kita mempunyai banyak cara untuk berhubung.. betul tak? bukan semua sahabat online setiap masa.. terutamanya bila masa bekerja, so kepada sahabat yang di opis nya facebook di blocked.. boleh menggunakan blog untuk k..ita terus berhubung atau mengetahui apa yang sedang dilakukan sahabat lain di pages.. ha ok tak?

jumlah followers juga semakin bertambah dari hari ke hari, dan kepada sahabat yang ingin kan maklumat atau posting terus kepada email anda semua sila subscribe feedburner.. satu langkah untuk sentiasa alert dengan posting terbaru KKT blog..

kepada sahabat yang mempunyai idea kreatif dan ingin dikongsikan sila jangan malu dan segan untuk forward kepada email saya :: mohdzamri_alias@yahoo.com atau private message di facebook saya.. antara sahabat yang rajin untuk berkongsi dan sentiasa mencari idea ialah ahmad saufie, scyfull dan juga qasih ita.. amacam ada berani? jangan malu dan segan yek!!

kami juga sentiasa menerima cadangan, idea, saranan dan sebagainya dengan tujuan untuk membina KKT dengan cara yang lebih baik.. so, dialu alukan tau.. mane la tahu ada idea nak camping ke? nak buat pape ker? mandi laut ker? family day ker? dan sebagainya..

alamak dah banyak sangat membebel nie kita berjumpa di lain entri yek!
Assalamualaikum sahabat...

Kawan Kota Tinggi bersama YB Sedili

Assalamualaikum!!!!

Satu kejutan juga dengan perjumpaan kali nie sebabnya ada VIP yang terlibat hehehe nak tahu siapa dia lihat!! kalau kenal bgtahu, kalau tak kenal jap lagi saya bgtahu.. hehehe

Perjumpaan minum2 diantara sahabat KKT dengan YB sedili yang mane saya tidak dapat bersama dengan korang semua.. sedih sangat2 huhuhu.. anyway perjalanan cerita KKT selangkah lagi ke hadapan..

KKT tidak akan dapat melangkah kehadapan tanpa korang semua! langkah demi langkah adalah kerana sambutan dari sahabat semua.. terima kasih geng!!!! tanpa korang KKT mungkin ditakuk lama.








perbincangan demi perbincangan demi untuk memajukan KKT dan untuk memberikan tapak yang lebih jauh buat team, semoga ada sesuatu yang mampu untuk drive KKT..








...tue ambil minit meeting ker buat update kat wall KKT? hehehehe..
anyway, berbagai onak duri dah kita tempuhi walau pun duri tak la tajam sangat tetapi semuanya smooth betul tak, perbalahan dalam menegakkan pendapat adalah perkara biasa dalam satu organisasi, anggap la ini sebagai ujian untuk merapatkan kita semua ya..

p/s : Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sahabat hehehe boleh tak guna?


Pengumuman

Assalamualaikum!!!!!!

Kepada semua sahabat KKT sesiapa yang mempunyai blog @ website untuk dikongsikan dilink sahabat boleh bagi melalui komen yek saya akan masukkan jangan risau tiada bayaran hehehe..

Sahabat baru saya ucapkan terima kasih kerana melawat blog kami yang xseberapa tapi meriah dengan kerenah sahabat disini, hehehe korang meriah ke?? jawab jangan tak jawab..

Jangan lupa yek! ini untuk link sahabat KKT sahaja, tak kisah la yang baru start atau dah lama start sekadar berkongsi seperti kata biha "sharing is caring"

p/s : kalau awal boleh dok kat bahagian teratas sekali hehehe..

Penghargaan Untuk Sahabat

Assalamualaikum sahabatku sekalian,

Ucapan alu aluan untuk sahabat yang sudi mengunjungi blog KKT ini, Terima kasih yang tidak terhingga geng takde siapa yang mampu membalas nya... hehehe

Perkara pertama yang saya nak bagitahu dalam entri kali ini ialah pengenalan kepada chatbox di sidebar, so kepada sahabat yang ingin berchatting secara langsung di blog dipersilakan dengan segala hormatnya hehehe.. saya sangat suka sekiranya korang menggunakan setiap application di blog dengan menyeluruh..

amacam!!!... kalau berani cubalah... hehehe

Cara2 nya adalah seperti berikut letakkan nama yang bersesuaian, url ( link sama ada email atau link blog korang ) mungkin untuk tujuan promosi diri.. hehehe

Selepas itu baru korang boleh tulis ape2 mesej pun sama ada untuk greet, berkongsi idea dengan sahabat yang lain, cadangan, pertanyaan dan sebagainya.. hehehe klu ok "on" jer..

Saya pun sebenarnya masih lagi belajar mengenai blog nie, terutamanya blogspot so sesama la kita berkongsi ilmu ni suppaya tidak tertinggal betul tak sahabat!!

Mungkin terdapat ramai "OTAI" yang ada blog kat KKT so sesiapa yang "OTAI" tue sila2 la turun ilmu yek untuk sama2 kita maju dalam dunia blogging. kepada yang masih belajar jangan malu dan segan untuk bertanya yek! saya pun masih banyak yang tak tahu..

Kepada sahabat yang mempunyai blog boleh email kat saya untuk tujuan backlink.. sesama kita kongsi traffic..

Amik langkah yang pertama untuk kita maju ke hadapan, jangan cepat mudah putus asa.. sentiasa bersemangat setiap hari walau pun pelbagai rintangan kita hadapi..

"semakin banyak kegagalan maknanya semakin dekat kita dengan kejayaan"..


Ambillah yang positif ok! sebarang pertanyaan di alu alukan.. sesama kita berkongsi ilmu Allah..

Feedburner KKT

Assalamualaikum sahabat semua!!!





Hari nie saya nak bercerita mengenai feedburner, kepada semua sahabat KKT sama ada yang dah follow atau belum blog ini silat lihat di sebelah kanan blog... nampak tak!!



update ke email sahabat.... tahu tak ape fungsinya??
kalau tahu ok tapi kalau tak tahu saya bagi penerangan serba ringkas yek..


Berfungsi sebagai pemberi langgan.. kalau masih tidak faham teruskan membaca.. hehehe
untuk setiap posting yang dilakukan oleh saya di blog ini akan terus pergi ke email yang dimasukkan di ruangan feedburner dan jangan lupa subscribe.. faham tak??

ok la untuk bahasa yang mudah difahami... masukkan email dan subscribe sahabat akan dapat segala apa yang diupdate di blog.. so harap subscribe ye!!

benda baru so kita mesti berkongsi betul tak, ilmu yang dikongsi lagi berkat..hehehe
terima kasih..

Projek Pertama | Sticker Kereta

Assalamualaikum, kali ini nak cerita projek pertama yang saya simpulkan sebagai berjaya, kerana apa berjaya?... ada sesiapa nak tanya hehehe..

Tidak mengapa saya cerita yek.. Cetakkan pertama sticker habis dalam masa yang singkat, dan cetakkan kedua juga habis selepas perjumpaan kali kedua. hendak cerita betapa hangatnya sambutan dari sahabat semua.. thanks ya..

Dan sebenarnya saya masih lagi menerima tempahan sehingga sekarang!!!






Sebenarnya apa pun yang kita buat kalau betul perancangan nya insya Allah kita akan berjaya, walau pun benda yang mudah begini. Begitu juga sebaliknya setuju tak??


Memulanya planning nak jadikan sticker nie sebagainya cetakkan yang "limited edition" tapi disebabkan tidak sampai hati untuk mengecewakan sahabat KKT yang lain saya buat juga sehingga cetakkan kedua..

Dalam kepala masih lagi ligat mencari idea bagaimana untuk menyatukan sahabat lagi, idea untuk membina team yang kuat ( datang dari sahabat yang mempunyai banyak idea ) untuk sama2 menggerakkan KKT ke arah yang lebih mesra... hehehe

So, kepada sahabat diluar sana yang mempunyai idea yang luar biasa hebat sila jangan malu dan segan untuk memberitahu saya secara direct thru facebook, Private message, email, atau pun sms hehe maklumat saya ada di dalam facebook.

menunggu idea yang membina dari sahabat!!!!!.......




Perjumpaan Kedua | Gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga KKT, kali ini saya ingin kongsikan gambar untuk perjumpaan KKT kedua tanpa kehadiran saya..

Untuk program kedua ini saya minta tolong sahabat kita - Ahmad Saufie ( fie likezz ) untuk menguruskan perjumpaan ini. terima kasih yang tidak terhingga kepadanya..








antara aktiviti adalah suai kenal, sembang sambil ngeteh, senyum2, maklumlah perjumpaan pertama masing2 masih malu malu kucing.. hehehe





Inilah sahabat KKT yang hadir memeriahkan majlis untuk membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada page tercinta.. hehehe betul ker geng??

Perjumpaan ini merupakan perjumpaan mereka yang pertama yek!! tidak kenal di antara satu sama lain.. so, mereka mampu untuk membuktikan kepercayaan mereka. Anda yang belum join tue bile lagi hehehe.. join jer, kitorang tak makan or jual orang.. hehehe..

kalau nak tahu ape yang diorang fikir semasa nak join aktiviti ni kene tunggu diorang komen dulu hehehe... sahabaaaatttt!!!!! komen sikit...

Perjumpaan Pertama | Gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, jumpa lagi nampaknya dah semakin ramai warga kita celik blog hehehe boleh camtu!!!!

so, untuk entri kali nie saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang melibatkan ahli KKT so kepada yang ada gambarnya tersiar, tidak dibenarkan sekali kali untuk claim royalti atau yang berkaitan dengan saya yek hehehe! sebabnya KKT masih tiada modal lagi.. gurau jek!!



ace da sniper - Sahabat terawal yang join ngeteh pertama



Hafiz - Sahabat KKT yang join ngeteh pertama, walau pun sekarang dah lame xde di KKT


Antara santapan kitorang bertiga - NZ Curry House Wangsa Maju

Sebenarnya tujuan pertama diadakan perjumpaan ini adalah sebagai pembakar semangat kepada yang lain untuk turut serta walau pun jumlah kehadiran boleh dikatakan mengecewakan, tapi xpe semangat orang terawal memang dipuji terutamanya kepada 2 orang sahabat kita nie..
keterlibatan yang penting, bukan sekadar bercakap atau niat jer tapi melaksanakan betul tak!! dan menganggap serius untuk setiap tindakan admin.

Program pertama KKT ini telah menjadi batu loncatan untuk pelbagai lagi program mendatang, antaranya yang telah pun berjaya dilaksanakan Projek Sticker Kereta | KKT dan program perjumpaan seterusnya berlaku dengan mudah.

so, nak tanya pendapat sahabat semua :: Bagaimana tahap pentingnya perjumpaan pertama?

jawap jangan tak jawab!!!! sekadar untuk memberikan sedikit masa untuk sahabat KKT berblog, jawapan tiada betul dan tiada salah saje berkongsi pendapat.. harap ada la jawapan dari korang!!!


Sejarah KKT - Bahagian 2


Assalamualaikum sahabat....

Bagaimana dengan entri sebelum ni dah habis baca belum, masih ramai lagi yang masih tidak tahu dengan kehadiran blog ini so kepada yang tahu tolong sebarkan kepada sahabat. lagi satu jangan lupa komen tau!!!

Salam sahabat bertemu dengan topik sambungan dari entri sebelum ini, ok antara perkara yang terlintas dalam kepala semasa tue ialah ::

  1. Mengumpul seberapa ramai like'r yang boleh
  2. Cuba untuk rapat kepada semua like'r
  3. Buat cerita atau topik yang menarik atau yang boleh buat like'r komen
  4. Cari regular comentator
  5. Buat sedikit iklan di lain2 page untuk tujuan jemputan ke page KKT dengan cara terhormat

Semua yang berlegar dikepala saya adalah langkah awal, untuk menyatukan sahabat semua. kiranya langkah pertama la langkah seterusnya adalah bergantung kepada semua sahabat iaitu untuk terlibat atau sekadar melihat.


Banyak kelebihan sekiranya terlibat dengan aktiviti KKT, antara perkara utama ialah meluaskan jaringan sahabat, berkongsi idea baru sesama kita, yang mungkin datang dari pelbagai latar belakang, berkongsi pengalaman.

Saya rasa ok kot sejarah awal KKT hehehe.. so kepada sahabat yang dah pernah join aktiviti KKT yakinkan lah sahabat kita yang masih belum join supaya teringin sangaat nak join...
lepas nie saya akan kongsikan gambar2 plak untuk tatapan sahabat.. adiosaa.....

Sejarah KKT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat KKT sekalian,

Untuk entri yang kedua saya ingin bercerita mengenai sedikit sejarah KKT kepada semua yang mungkin ingin tahu.. yang xnak tahu kene baca gak hehehe.. baru best!!

Semuanya bermula dengan... permintaan sahabat rapat masa sekolah untuk buatkan satu page untuk mengumpul geng terdekat dan juga sahabat baru

"yang lain mungkin perasan bila kita buat page... boleh buat reunion.." katanya.

So, saya pun planning la buat page dengan harapan sahabat terdekat boleh join untuk kitaorang nyer projek reunion kononnya. tapi sampai sekarang pun xde reunion nya.. huhu sedih sangat..
masa awal2 dulu bebudak kelas, pastu budak sekolah.. xsampai 100 orang saya dah stop, sebab matlamat asal dah xdapat nak achieve.. kira frust gakla..

Stop dalam setengah bulan buat xtau jer kat page xde invite sesapa pun, sebab frust by then terfikir plak nak teruskan buat gathering sahabat yang xkenal lagi senang kot.. kepala meligat mencari idea.. pastu idea datang... TING!!!!!! kene ada plan..

Entri akan datang saya akan cerita plan yang datang dalam kepala saya.. hehehe sori ngantuk sangat nie... zzzzzZZZZzzzZZZZZ!!!!

Salam Pengenalan

Assalamualaikum kepada semua sahabat terutamanya kepada sahabat yang datang dari Page KKT. Tujuan saya menulis di blog ini adalah sebagai satu langkah untuk mempelbagaikan lagi jaringan sahabat kita daripada facebook sekarang kita ada blog dan mungkin di blog ini juga kita boleh kongsikan maklumat mengenai apa sahaja seperti yang biasa kita lakukan di Page.


Seperti yang sahabat semua sedia maklum, pelbagai program dan juga projek yang sedang berlangsung di page. Projek sticker yang telah pun menjual beratus keping sticker dan masih lagi ada pertanyaan mengenainya sehingga sekarang. Program perjumpaan yang sudah acapkali berlangsung dari Kuala Lumpur membawa ke Kota Tinggi yang paling terbaru perjumpaan di Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Untuk pengetahuan semua projek yang terbaru sekarang ini adalah projek baju KKT yang sudah pun ditutup tempahannya untuk urusan seterusnya dilakukan, kami menggunakan sistem pre - order mengambil tempahan dan tempah.

So, harapan saya semoga dengan adanya blog ini sahabat semua tidak akan terlepas maklumat mengenai KKT disini. Sebab ada yang mengadu sesetengah tempat kerja diorang facebook di blocked dan sebagainya. so ini adalah alternatifnya. jangan lupa untuk komen mengenai kehadiran blog ini.

Anyway, korang best terutamanya team saya yang sudi membantu saya dalam menjalankan aktiviti dalam melancarkan setiap program.

Assalamualaaikum... sahabat!!!

Radio KKT.fm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat KKT - i Followww..

About this blog

Assalamualaikum kkters sekalian.... semoga dalam keadaan sihat hendaknya, berapa lama dah korang tak singgah sini hehehe.. rerajin arr membaca banyak dah kawan masukkan info untuk kita berkongsi.. huhu jangan SENTAP plak.. karang xsinggah lagi hehe gurau jer!!!!

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum buat semua sahabat @ kkters sekalian, terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog yang masih serba kekurangan ini. Penulis masih lagi berpegang kuat untuk menambah ikatan persahabatan melalui jaringan online dan meneruskan dengan kewujudan blog pula, selepas berjaya membuat jaringan di facebook fanpage | Kawan Kota Tinggi

Walau bagaimana pun, sambutan dari kkters semua yang buat aktiviti penulis berjaya tanpa kkters rasanya semua ini tidak akan berjaya percayalah.. terharu.. hehe..

Update ke Email Sahabat

Masukkan email address anda Posting akan terus ke email:

Penghantaran Terus Oleh FeedBurner

Ramai tak yang dah tengok!! Blog kite..

Top Commenters

Powered by Blogger.

Popular Posts

Top 10 Members

There was an error in this gadget