Kawan Kota Tinggi

Tempat berkumpulnya sahabat untuk meluaskan jaringan silatturahim

Tips mengelakkan sakit pinggang

petua untuk mengelakkan dari sakit pinggang @ sakit belakang.. korang tau sebab ape? disebabkan korang terlalu ketagih bermain facebook berkemungkinan sakit belakang adalah tinggi.. so amal2 la yek!!
  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Rawatan dirumah hehehe.. amalkan berkesan oo..
  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.

p/s : maklumat dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai..

6 comments:

Fie Likezz February 26, 2011 at 11:54 AM  

TQ info.. . memang pun keje duduk hampir lebih 6 jam kat dlm kotak. . penat n sakit pinggang . . ( penat duduk, diri, penat diri duduk balik. . . ) hahahaha gtu ceritanya. . .

Mohamad Zamri February 26, 2011 at 4:29 PM  

fie - tau dah sebab tue berkongsi hehehe.. yang lin pun sama gak cuma tanak gtau jerk huhu

adeQ Ika February 26, 2011 at 5:14 PM  

hehehe tme kaseh..mmg sllu gak saket2 nie.. um0 bru 20 tp da cm 50 thn hehehe lenguh2 sume ade..

Mohamad Zamri February 27, 2011 at 12:41 AM  

Adeq IKA - hehehe apada.. muda lagi tue patutnya xde masalah mungkin terlalu kerap berfacebook kot.. dok lelama.

Fie Likezz February 28, 2011 at 7:21 PM  

ape la adik nih, muda yg amat . . hahahah uncle syorkan num anlene gold. . . bagi kalsium hik3

Mohamad Zamri March 1, 2011 at 12:40 AM  

fie - hehehe bro karang marah plak adeq ika tue...

Post a Comment

Radio KKT.fm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat KKT - i Followww..

About this blog

Assalamualaikum kkters sekalian.... semoga dalam keadaan sihat hendaknya, berapa lama dah korang tak singgah sini hehehe.. rerajin arr membaca banyak dah kawan masukkan info untuk kita berkongsi.. huhu jangan SENTAP plak.. karang xsinggah lagi hehe gurau jer!!!!

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum buat semua sahabat @ kkters sekalian, terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog yang masih serba kekurangan ini. Penulis masih lagi berpegang kuat untuk menambah ikatan persahabatan melalui jaringan online dan meneruskan dengan kewujudan blog pula, selepas berjaya membuat jaringan di facebook fanpage | Kawan Kota Tinggi

Walau bagaimana pun, sambutan dari kkters semua yang buat aktiviti penulis berjaya tanpa kkters rasanya semua ini tidak akan berjaya percayalah.. terharu.. hehe..

Update ke Email Sahabat

Masukkan email address anda Posting akan terus ke email:

Penghantaran Terus Oleh FeedBurner

Ramai tak yang dah tengok!! Blog kite..

Top Commenters

Powered by Blogger.

Popular Posts