Kawan Kota Tinggi

Tempat berkumpulnya sahabat untuk meluaskan jaringan silatturahim

Kekalkan Motivasi

Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakan kejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh Amar Mahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejar kejayaan mereka tidak sampai 3%.

Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak.

Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi ? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah.

1 – Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian

Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote' daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebut tersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.

Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudian tampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuk tambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputer kita.

Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.

2 – Membina Kumpulan Motivasi

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakan bahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jika mereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku Think & Grow Rich oleh Napoleon Hill.

Apabila kita mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama, maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini kerana setiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individu yang lain.

3 – Tulis Matlamat Setiap Hari

Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diri terhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.

Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kita telah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah, supaya mencapai matlamat kita tercapai.

Selamat beramal!

Sumber : iLuvIslam

Motivasi Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Sumber : HALAQAH

Tips Mengurangkan Stress

Assalamualaikum kepada semua kkters...

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8.) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

sumber dari : Rilex

Cerita Terbaru di KKT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua KKTers,

Setelah lama tidak menulis disini saya kini kembali hehehehe, nampaknya kemeriahan di pages kita sememangnya tidak dapat disangkal lagi.. siapa pun xmampu untuk menidakkannya korang singgah la memang meriah sangat2 hehehehe... sentiasa ada topik untuk disembangkan...

Cuma saya masih tidak boleh menerima iklan tanpa terlebih dahulu memberitahu saya atau admin yang lain.. so kepada sesiapa yang nak membuat iklan sila bagitahu kepada admin terlebih dahulu yek!!! bukan tidak boleh cuma perlu melalui admin untuk mengelakkan spamming melampau oleh beginners... yang baru nak belajar bisnes.. tapi bukan dengan cara yang betul..

Perkembangan di KKT

Rasanya ramai yang dah mengetahui perkembangan terbaru di kkt nie.. mengenai event besar yang kita rancangkan bersama dengan pihak pengasih kota tinggi.. event ini sebenarnya adalah event pertama pihak kita dengan pihak luar, so masih lagi dalam perancangan sekiranya semuanya berjalan lancar insya Allah pengumuman mengenai tarikh, tempat dan sebagainya akan diumumkan.. almaklumlah event yang pertama so keinginan untuk menjadikannya sempurna adalah matlamat utama kami.. sekiranya berjaya nanti kami harapkan sokongan ramai.. insya Allah!!!

Backlink kepada bloggers

kepada kkters diluar sana yang ingin berkongsikan link dengan blog kkt dipersilakan jangan malu dan segan.. hehehe... boleh bagi link di mane2 PM FB, chatbox, Email dan sebagainya bagi link blog atau website dan juga nama di FB.. untuk mengenal identiti di pages kkt.. amacam boleh kan senang jer kot...

rasanya ramai kkters adalah bloggers kan, so yang ada ilmu mengenai cara untuk mengiklankan blog nie juga di minta untuk memberikan pendapat terima kasih tau.. cakap awal2.. hehehe

Cukuplah sampai disini untuk kali nie hehehe.. so teruskan sembang korang di wall kkt yang sentiasa meriah itu.. korang semua mungkin boleh keluarkan topik2 yang ringan sekadar untuk memberikan senyuman kepada kkters yang ingin mengendurkan ketegangan semasa kerja.. betul tak!! sekali orang singgah happy orang akan datang lagi.. hehehe

Kita perkenalkan kepada semua sahabat lain apa itu silaturrahim.. hehehe
lagi satu sebelum terlupa kepada pembaca baru sila klik follow untuk menunjukkan sokongan kepada blog kita nie.. hehehe thanks!!

Assalamualaikum!!

Radio KKT.fm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat KKT - i Followww..

About this blog

Assalamualaikum kkters sekalian.... semoga dalam keadaan sihat hendaknya, berapa lama dah korang tak singgah sini hehehe.. rerajin arr membaca banyak dah kawan masukkan info untuk kita berkongsi.. huhu jangan SENTAP plak.. karang xsinggah lagi hehe gurau jer!!!!

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum buat semua sahabat @ kkters sekalian, terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog yang masih serba kekurangan ini. Penulis masih lagi berpegang kuat untuk menambah ikatan persahabatan melalui jaringan online dan meneruskan dengan kewujudan blog pula, selepas berjaya membuat jaringan di facebook fanpage | Kawan Kota Tinggi

Walau bagaimana pun, sambutan dari kkters semua yang buat aktiviti penulis berjaya tanpa kkters rasanya semua ini tidak akan berjaya percayalah.. terharu.. hehe..

Update ke Email Sahabat

Masukkan email address anda Posting akan terus ke email:

Penghantaran Terus Oleh FeedBurner

Ramai tak yang dah tengok!! Blog kite..

Top Commenters

Powered by Blogger.

Popular Posts