About this blog
Assalamualaikum kkters sekalian.... semoga dalam keadaan sihat hendaknya, berapa lama dah korang tak singgah sini hehehe.. rerajin arr membaca banyak dah kawan masukkan info untuk kita berkongsi.. huhu jangan SENTAP plak.. karang xsinggah lagi hehe gurau jer!!!!
Sekalung Penghargaan
Assalamualaikum buat semua sahabat @ kkters sekalian, terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog yang masih serba kekurangan ini. Penulis masih lagi berpegang kuat untuk menambah ikatan persahabatan melalui jaringan online dan meneruskan dengan kewujudan blog pula, selepas berjaya membuat jaringan di facebook
fanpage | Kawan Kota TinggiWalau bagaimana pun, sambutan dari kkters semua yang buat aktiviti penulis berjaya tanpa kkters rasanya semua ini tidak akan berjaya percayalah.. terharu..
hehe..
assalamualaikum...... salam hamba ku hulurkan.. sebagai tanda persahabatan. aku keliru dan bercelaru, terkadang kala membisu.. mengapa aku perlu kawan.. mungkin kawan perlu aku.. sukar untuk mendapatkan kawan yang benar setia bersama.. aku tak minta dipuji.. aku tak minta diangkat.. kerna aku takut aku alpa tentang erti persahabatan.. detik-detik manis perjumpaan di awalan perkenalan, hati tersentuh dengan ayat bermadah di atas talian silahturahim. aku cuba merealisai kan diatas nawaitu sahabat.. memang amat berat tugas ini.. memang tak mampu aku tunaikan.. mungkin sukar,mungkin senang tapi payah... sahabat kita memerlukan persafahaman bukan besengketa mencari penyelesaian mudah jika kita memahami.. sukar jika tidak mengerti.. sahabat tolong lah daku buang lah sifat dengki mu.. buang lah sifat tamak mu.. buang lah sifat angkuh mu.. buang lah sifat cemburu mu.. lemparkan ia semua jauh disudut hati agar dapat kita berdiri di atas tali silahturahim ini bekekalan hingga zaman berganti zaman.. sahabat ingat lah jangan mudah lupa.. tiada kuasa diatas berdiri nya kuasa. hanya dia yang maha berkuasa, kerna aku manusia yang tiadalah boleh merancang akan sesuatu.. hanyalah usaha kita bersama mungkin kita boleh berjaya.. merealitikan mimpi kita tanpa dirancang.. aku berharap dapat kita temui jalan penyelesaian..
nukilan : suara marhaen scyfull.. 12/02/2011 waktu hujan turun..
Pelusuk dunia sertai KKT
Itu memang matlamat kami
Update blog / fb setiap hari
Aktiviti rasmi sentiasa di nanti
Order dan duit sudah di bagi
Baju dan stiker keutamaan kami
Memang ramai join kami
Ikatan Silturrahim objektif kami
Jauh di KL asal di Kota Tinggi
Suka komen macam juri
Tuan tanah nama di beri
KKT di punyai En. Zamri
Suami isteri sporting sekali
Nama isteri Lieza Ab. Ghani
Gambar pocong mula di kenali
Scyfull Nama saya yang disegani
Pergi ngeteh di Kota Tinggi
Abg Dean dan famili di bawa sekali
Qaseh Ita cukup disenangi
Ada rezeki tak lokek kongsi
Selalu meeting di sana sini
Laksana objektif itulah misi
Pasangan glamor kawan kami
Ijan dan Biha memang serasi
Satu kampung dengan Mohamad Zamri
Drive myvi isteri di sisi
Benito dan isteri selalu sertai
Kawa Kota Tinggi punya aktiviti
Asal bukan dari Kota Tinggi
Kawan rapat bernama saufi
Terengganu Kita tetap di hati
Itu Joe Ckelat suka fotografi
Mohon maaf seikhlas hati
Andai tulisan tidak sukai
Pantun hanya hiburkan hati
Special untuk Kawan Kota Tinggi
~ Fie Likezz d ' Kotak
sambungan siri - 2
Belum jumpa si adik manis
Bila chating banyak cerita
LKIM majikannya Anis
Nak seafood tipon aja
Kereta cantik milik Amat
Keluar modal kerana minat
Adeq Ika kuat semangat
Tempat belajar Uitm Segamat
Buka Youtube artis lama
Bila tengok share kenalan
Kawan Kota Tinggi dia otai lama
itu dia Bro Terangbulan
Pergi menoreh drive kancil
masa lapang membaca novel
Mahyun @ Nek Yun di Kota Kecil
Asik Saufie selalu kene bebel
Kak Imah dan Bahtiar suami isteri
Program ngeteh turut sertai
First time jumpa riuh sekali
Duduk Saujana d Kota Tinggi
Abang Yeos bekerja ingin berjaya
Serah kudrat penuh tenaga
kami adik2 ingin bertanya
Banyak duit bila nak belanja ?
Mencari kenalan penuh harapan
Bila jumpa penuh dugaan
Ikatan KKT tiada sempadan
Agen KKT mesra pelanggan
Banyak fikir masa depan
Bila tunggu tiada jawapan
Apa aktiviti bulan depan
Lepak2 aje hutan simpan
~ Fie Likezz ~