Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kkters sekalian, berikut adalah sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan kepada semua kkters, so harap dapat luangkan masa untuk membaca hehehe.. membaca menambah ilmu, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..
Kadang-kadang sebagai pengurus kita buntu. Kita tidak terfikir bahawa selain mengiktiraf hasil kerja dan sumbangan kakitangan kita dengan wang, ada banyak lagi caranya:
1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).
2. Ucapkan terima kasih.
3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.
4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.
5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).
6. Hantar kad ucapan/tahniah.
7. Berikan surat penghargaan.
8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).
9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).
10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.
11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.
12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.
13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.
14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).
15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.
Sumber : Ilmu Pengaruh
Nota Kaki : Bukan senang untuk menjadi seorang pengurus yang baik, so teliti dengan baik setiap tips yang dikongsikan.. Sekadar suka untuk berkongsi!!
Tips Menjadi Pengurus Berpengaruh
Posted by
Mohamad Zamri
at
Wednesday, June 29
0 comments:
Post a Comment